Assalammualaikum WBT...
Untuk para agen yang dilantik, Maya Plan Services mengucapkan Jutaan Terima Kasih kerana memberi kerjasama yg baik dan masih lagi setia bersama kami mengorak langkah dalam memantapkan perkhidmatan kita sebagai penyedia pembiayaan peribadi dari pelbagai koperasi dan yayasan.
Dari segi jaringan web, saya telah mmulakan langkah pertama dengan membuka akaun Facebook lama dahulu, dan yang terkini, kita telah ada laman web rasmi untuk jaringan produk-produk yang kita bawa dan juga portal khas untuk agen-agen rasmi kita membuat kemasukan data para pelanggan mereka dan juga membuat semakan status terkini.
Semoga dengan langkah baru ini, semakin ramai pelanggan kita meyakini servis yang kita beri dan juga membuka ruang untuk kita mendapat lebih ramai lagi pelanggan yang baru.
Teruskan bersama dengan Maya Plan Services, dan semoga ini akan menjadi platform untuk kita melangkah kehadapan dengan lebih teguh dan berdaya saing.
Terima Kasih Semua.
Wassalam.
Mohd Fairuz Mohd Saari
